Affiliates

Tuesday, February 28, 2012

impian

  • Hampir masuk dua minggu aku berada di Putrajaya, alhamdulillah, aku mula membiasakan diri dengan aktiviti harian selaku insan yang cuba mencari sesuap nasi di perantauan.
  • Masih lagi menumpang di rumah kawan baik aku di Salak Tinggi, insyallah bulan depan akan menginap di tempat lain, aku dah sewa bilik di presint 9, walaupun mahal tetapi terpaksa aku sewa juga kerana kekangan tugas.
  • Perbelanjaan aku boleh tahan juga setiap hari, setakat ini masih belum dapat untuk berjimat cermat, tetapi insyallah akan belajar perlahan-lahan, tak kan nak amalkan gaya hidup ketika di kampung?, masak aku kalau macam nie.
  • semoga impian dan harapan aku selama ini akan tercapai demi membahagiakan ma ketika umur masih ada.

0 ulasan: