- Perjalanan yang dinantikan telah bermula, aku kini menjadi kakitangan di sebuah Kementerian di Putrajaya. Walaupun masih banyak masalah yang belum dapat diselesaikan, perjalanan ini harus diteruskan demi mencapai sebuah impian iaitu membanggakan ibubapa aku yang selama ini sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk ku.
- Terima kasih buat kenalan yang sudi menumpangkan aku buat sementara waktu sehingga berjumpa dengan tempat kediaman yang sesuai. Aku berharap tidak membebankan, maklumlah kehadiran sebagai tetamu yang tidak diundang pasti mengundang pelbagai reaksi yang elok atau sebaliknya.
- Di Kementerian, pada sangkaan awal aku akan ditempatkan di bahagian komunikasi korporat tapi rupanya keadaan sebaliknya. Aku di tempatkan di bahagian yang bukan bidang kemahiran aku, tetapi insyallah aku akan cuba menyesuaikan diri sebaik mungkin.
- Walau aku masih baru di sini tetapi telah banyak pengorbanan yang telah aku dan keluarga lakukan termasuk menjual kereta bagi membeli motorsikal untuk aku, semoga Allah SWT mempermudahkan buat aku menimba pengalaman dan mencari rezeki yang halal di sini.
- Insyallah sepanjang tempoh kontrak aku di Kementerian ini, sedaya upaya akan melakukan segalanya dengan terbaik. Lupa untuk kenalkan kawan baik aku di Kementerian iaitu Hanif, Ema dan Mek.
- Buat Ma di kampung, semoga sihat sentiasa insyallah anakanda akan pulang membawa kebanggaan
Tuesday, February 21, 2012
Putrajaya tempat ku menimba pengalaman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 ulasan:
Post a Comment