- Hangat!, itu yang boleh aku katakan apabila melihat sendiri video rakaman debat di antara Ketua Strategik PKR dengan Ketua Pemuda BN Malaysia.
- Debat yang dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian, berkisarkan isu PTPTN,aku cuba melihat debat ini dari pelbagai sudut dan apa yang disampaikan oleh Pengarah Strategik PKR kadangkala memikat hati tetapi hakikat dan hakiki belum pasti.
- Tanyalah sesiapa sahaja, siapa yang tidak mahu mendapat pendidikan percuma tetapi kena tengok bagaimana keadaan negara sebelum memberi pendidikan percuma kerana takut nanti perkara lain pula yang berlaku.
- Aku amat pasti umpan yang diberi oleh PKR iaitu pendidikan percuma pasti memikat hati golongan pengundi muda. Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya memikirkan penyelesaian atau kaedah agar golongan pengundi muda tidak termakan umpan yang diberi oleh pihak pembangkang.
- Selain mengelak termakan umpan, pihak kerajaan harus memberi sesuatu kepada rakyat, ini perlu kerana kepercayaan rakyat pada kerajaan sedia ada akan terjamin jika kehendak rakyat yang sebenarnya dapat dilakukan.
Kaki Fikir
nukilan apa yang ku rasa di dalam jiwa dan minda
Thursday, May 24, 2012
PRU13: Debat Tentang PTPTN-Lupus atau Tidak?
Wednesday, May 23, 2012
Putrajaya:Hari Belia Bermula
- Bermula sudah himpunan yang melibatkan belia seluruh Malaysia, bertempat di Putrajaya. Pelbagai aktiviti dirancang dan telah dilaksanakan bagi memastikan setiap pengunjung yang hadir akan tersenyum riang.
- Aku sempat meninjau beberapa tempat, menarik terutama persembahan akrobatik oleh ATM, menarik perhatian pengunjung yang hadir. Cuma kekurangan yang tinggal ialah jumlah pengunjung masih kurang.
- Kemudahan yang disediakan oleh pihak penganjur, boleh dikatakan ditahap A, terutama dari segi pengangkutan awam iaitu menyediakan train, paling meriah ialah bilangan pentas yang terlampau banyak sehingga tidak tahu nak dengan persembahan yang mana satu.
- Paling penting ialah matlamat Himpunan Belia ini, jangan tersasar. Sesungguhnya Belia adalah generasi pelapis kepimpinan negara yang himpunan belia ini harus menjadi platform membentuk generasi belia terhebat setanding dengan belia-belia luar negara.
Tuesday, May 22, 2012
Mukzakarah PAS-UMNO
- Apabila Presiden PAS menyatakan pendirian bersedia untuk bermukzakarah dengan UMNO, ia adalah satu berita yang menggembirakan buat aku kerana dua parti yang menjadi teras Islam dan Melayu akan duduk semeja.
- Keadaan sebaliknya pula berlaku apabila pemimpin PAS mengemukakan pelbagai syarat dalam menjayakan mukzakarah tersebut. Pada pendapat peribadi aku yang tidak berapa pandai dalam bidang agama, tidak seharusnya pemimpin PAS yang terdiri dari Para Ulamak mengenakan pelbagai syarat pada UMNO dalam menjayakan mukzakarah tersebut.
- Mukzakarah jika tidak salah aku membawa maksud berbincang atau berunding antara kedua belah pihak, apabila meletak syarat maka ia akan mencacatkan rundingan yang akan diadakan tambahan pula niat perbincangan ini diadakan adalah untuk kepentingan umat Islam dan Melayu.
- Kenapa DAP boleh diterima sebagai kawan?, kenapa UMNO tidak?, jangan terlalu ingin mengejar kuasa sampai matlamat asal dilupakan, jujur aku katakan bahawa PAS sehari demi sehari semakin hilang haluan. Buktinya ialah setiap tindakan yang dilakukan oleh PKR dan DAP, sentiasa dipersetujui oleh PAS. Kenapa keadaan ini harus berlaku?.
- Alangkah elok jika PAS dan UMNO duduk bersama, berbincang dengan tenang tanpa sebarang emosi. Harus diingat bahawa musuh-musuh Islam dan Melayu sentiasa mencari masa untuk memecah belah perpaduan yang ada.
- PAS jangan cipta alasan tetapi cuba cipta jawapan demi persoalan yang tidak pernah terjawab sejak dari dahulu lagi.
Monday, May 21, 2012
Putrajaya:Menjelang Himpunan Sejuta Belia
- Sehari demi sehari, semakin kelihatan kesibukan pihak yang terbabit dengan. program himpunan sejuta belia yang bakal berlangsung, khemah-khemah telah dipasang dibeberapa tempat.
- Jujur aku katakan, bahawa kali ini adalah pengalaman pertama aku melihat persiapan yang besar sempena program yang penuh bersejarah dalam diari negara. Golongan belia dari seluruh negara akan berkumpul sambil menjalani pelbagai aktiviti yang pasti menarik.
- Bermula dari 23 sehingga 27 Mei 2012, Putrajaya yang selama ini suram pada waktu malam akan bertukar wajah dengan suasana meriah, malah tidak keterlaluan saya katakan pengunjung Himpunan Sejuta Belia dapat melihat pelbagai hiburan 24 jam sehari selama 5 hari.
- Cuma pihak penganjur harus memantau golongan belia yang akan berkampung selama 5 hari, agar tidak terjadi sesuatu yang tidak diingini. Maklumlah apabila lelaki berkumpul bersama-sama dengan perempuan, pasti berlaku sesuatu yang tidak diingini.
- Apa yang pasti belia seluruh Malaysia akan berkumpul di Putrajaya untuk memeriahkan acara atau program yang disediakan.
Tuesday, May 15, 2012
Hari Belia Negara:15 Mei
- Sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap golongan belia, maka 15 Mei setiap tahun di angkat menjadi Hari Belia peringkat kebangsaan, perasmian kali ini dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia di salah sebuah shopping mall yang terkemuka.
- Aku berkesempatan untuk berada di lokasi perasmian Hari Belia Negara, begitu ramai golongan belia yang berkumpul untuk menyaksikan Majlis Perasmian tersebut. Paling menarik yang aku boleh kongsikan ialah kehadiran pelakon-pelakon yang ternama seperti Fizo Omar, Lisa Surihani dan adik Mia Sara.
- Berpusu-pusu peminat cuba ambil gambar bersama pelakon-pelakon tersebut, malah tidak keterlaluan kalau aku katakan, golongan belia yang hadir pada Majlis tersebut, mula tidak ambil endah pada intipati Majlis, lebih fokus kepada untuk ambil peluang bergambar dengan artis kesayangan mereka.
- Selain Lisa Surihani, Fizo Omar dan Mia Sara, turut hadir ialah Tomok dan Jaclyn Victor yang masing-masing mendendang sebuah lagu selepas majlis perasmian. Cuma timbul kesal di hati saya ialah cara berpakaian golongan belia yang hadir di Majlis tersebut, ramai dikalangan mereka memakai pakaian yang menjolok mata.
- Keadaan itu belum dilihat kepada perhubungan bebas antara belia lelaki dan perempuan, keadaan ini yang harus cuba diubah oleh pemimpin terutama pemimpin belia kerana mahu tidak mahu penyakit moral dikalangan belia semakin kritikal dah belum berjumpa dengan penawar yang terbaik.
- Selepas ini, para belia akan berkumpul di Putrajaya, bermula 23 sehingga 27 Mei 2012, pelbagai program disediakan demi memastikan perhimpunan belia kali ini memberi impak yang positif untuk golongan belia
Thursday, May 10, 2012
Putrajaya:Sejuta Hari Belia
- Mei kembali lagi, seperti biasa apabila memasuki hujung bulan ini, seluruh dunia akan melihat satu perhimpunan terbesar melibatkan golongan belia sebagai golongan sasar iaitu satu perhimpunan yang digelar perhimpunan sejuta belia.
- Pelbagai program telah dirancang, kini tinggal hanya menanti kebanjiran peserta dan pengunjung dari serata Malaysia dan dunia.
- Jadi kepada warga belia, jom kita meriahkan Perhimpunan Sejuta Belia yang akan berlangsung pada 23-27 Mei nanti.
Putrajaya:Tuan Rumah Sewa Kaki Belit
- Sejujurnya aku tidak mahu bercerita tentang insan ini, tetapi tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh NYA membuat hati aku mengalami perasaan bercampur aduk.
- Jika dihitung, aku telah memasuki bulan ke 3, mencari rezeki di bumi Putrajaya yang selama ini tidak pernah aku angankan tetapi suratan Allah SWT yang Maha menentukan.
- Dengan sewa bilik RM260 sebulan, kena berkongsi bilik dengan orang lain yang aku tidak kenal adalah satu harga yang sangat mahal. Walaupun jumlah RM260 itu termasuk kepada bayaran bil air dan elektrik.
- Namun disebabkan aku terdesak untuk mencari tempat tinggal dengan dekat dengan tempat kerja membuatkan aku pejam mata untuk bayaran yang dikenakan. Tambahan pula sampah dikutip setiap dua kali seminggu.
- Dengan janji bahawa rumah yang aku sewa akan dipenuhi dengan keperluan asas seperti tv, peti sejuk dan mesin basuh membuatkan aku lega sedikit tetapi sikap tuan rumah yang terlalu mendesak terutama apabila menyentuh soal bayaran sewa membuatkan aku mual.
- Aku masuk rumah pada 1 haribulan 3, sepatutnya tuan rumah menuntut sewa rumah pada setiap 1 haribulan tetapi pada 29 haribulan telah diminta duit sewanya, mau tidak hangin aku?sudahlah gaji aku masuk dalam 5 haribulan.
- Manakala barangan yang diberikan seringkali rosak, apabila dilaporkan tidak ambil endah, sekadar melepas batuk di tangga. Malah roomate aku dimarahi apabila melaporkan tentang kerosakan yang berlaku.
- Belit itu yang boleh aku labelkan kepada tuan rumah jenis begini, roomate aku kini kena halau kerana melaporkan kerosakan yang berlaku.
- Apapun aku akan cuba mencari bilik sewa lain yang lebih murah. Harap-harap dapatlah
Subscribe to:
Posts (Atom)

